Wednesday, May 19, 2010

Begitu Hidup Ini



Hai hai hai para pembaca sekelian! Salam hormat, salam comforter yang menanti di ranjang, salam dingin malam dan salam 1MALAYSIA!
Malam di Terengganu hari ni sangat sejuk. Dan jahat. So, MAK mengambil peluang ini untuk mengenang kembali tentang kehidupan yang sedang kita jalani.
Kepada mereka yang selalu komplen pasal kehidupan anda (begitu juga MAK) mari kita muhasabah diri dan mengenang hakikat hidup ini. Hidup kita terbina antara manis dan pahit. Tidak boleh selalu sahaja perkara manis berlaku. Jika tidak, hati menjadi tawar. Dan tidak boleh juga hanya perkara pahit yang berlaku. Jika tidak hati menjadi rawan. Apabila rasa pahit dan manis ada, barulah kehidupan itu menjadi sesuatu yang sangat indah. Andaikan juga hidup kita umpama pelangi. Pelangi sangat cantik kan uolls? Tapi, untuk membina pelangi, ia memerlukan titisan hujan dan juga cahaya. Titisan hujan adalah sesuatu yang menghalang kita untuk melakukan sesuatu outdoor – pahit, manakala cahaya adalah sesuatu yang indah.
Tired of drama? Tahukan kalian bahawa tanpa drama, hidup kita akan tidak bewarna. Tanpa drama, hidup ini penuh dengan kepastian. Penuh dengan hitam putih. Maka warna kehidupan juga hitam dan putih. Memang drama ini menyeksakan, namun itulah yang dijadikan pengalaman untuk mendewasakan kita. Manusia diciptakan dengan nafsu, maka manusia akan sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai apa yang mereka inginkan. Kehidupan kita akan senantiasa bersama-sama manusia lain yang juga tuhan ciptakan. Sentiasa uolls. Sentiasa. Apa yang perlu kita lakukan adalah bertenang. Manusia memberikan drama, manusia memberikan warna.
Lelaki dan wanita. Kenapa mesti lelaki sentiasa memonopoli hak-hak wanita, dan kenapa mesti wanita sentiasa ingin menunjukkan kehebatan mereka kepada lelaki? Bukankah kita ini diciptakan Tuhan sepasang tapi berlainan? Lemah di sana, di sini kekuatan? Masin-masing punyai bibit-bibit kelebihan, supaya saling memerlukan antara satu sama lain. Setiap kejayaan seorang lelaki ada wanita dibelakangnya, dan setiap wanita yang berada di belakang kejayaan setiap lelaki, adalah satu kebanggaan (bagi MAK)
Apa sahaj yang terjadi, hidup mesti diteruskan. Samada kita rela ataupun tidak, semua itu adalah takdir. Takdir datangnya daripada yang maha esa, Dia yang maha berkuasa lagi maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Oleh itu, segala apa yang terjadi kepada kita, ada hikmah, dan sesungguhnya itulah yang terbaik untuk mereka. Ingatlah, Dia bersifat maha penyayang dan maha pengasih. Udara ini adalah kesan kasih saying-Nya.
Kepada mereka yang pelik mengapakah gaya penulisan MAK pada entry kali ini agak lain berbanding entry-entry lepas, MAK masih lagi dalam proses penyembuhan dan memerlukan ketenangan. Kepada mereka semua, jangan lagi menghela nafas lega, karena suatu hari nanti MAK pasti akan kembali.
-->
Hidup
sememangnya
indah

2 comments:

  1. idup memang indah..pengkritik menambahkan lagi rencah kehidupan ! =)

    ReplyDelete
  2. walaupun teruk, hdup tetap indah..

    ReplyDelete