Thursday, April 15, 2010

Kemaafan



Hai hai hai. Entry kali ini cukup berbeza dengan entry-entry lepas. Jika sebelum ini MAK ashik mengkritik apa yang dilihat, dirasa dan didengar, kali ini MAK berada dalam mood sayu dan sedih, masa untuk menceritakan serba sedikit latar belakang MAK .


Malam tadi, MAK sedang online YM, terlihat adik perempuan MAK turut online. Lalu bertanya khabar dan nasibnya selepas ini - lepasan SPM

====================================================================
Latar belakang

Adik perempuan ini dinamakan Bibah (bukan nama sebenar). Dilahirkan pada tahun 1992. Beberapa minggu Bibah dilahirkan, pasangan ibu dan bapa saudara kami datang melawat. Mereka memang suka melawat bayi-bayi yang baru lahir, kerana hingga kini mereka belum dikurniakan rezeki untuk mendapat zuriat sendiri. Ketika mereka beransur untuk pulang, MAK beriya-iya mahu mengikut mereka (ketika itu berumur 2 tahun). Memikirkan mereka adalah adik, bapa MAK izinkan MAK untuk tinggal dengan mereka. Tidak sampai saja 50 meter kami berangkat, MAK menangis dan mengamuk untuk pulang. Apakan daya, mereka "kembalikan" MAK . Entah macam mana, Bibah dijadikan ganti. Baru berusia beberapa minggu (mungkin belum lagi sempat mengenali ibu bapa kandung sendiri) Bibah diberikan kepada pasangan lain untuk dibesarkan. Tuhan maha mengetahui, maka itulah takdir yang terbaik untuk kami satu keluarga. Namun sehingga kini, MAK masih tertanya-tanya, bila hendak munculnya baiknya Bibah ditakdirkan untuk dibesarkan oleh pasangan itu. Sedih.
===================================================================

UPSR, PMR, SPM, Bibah seolah-olah bingung dan tidak tahu mana silapnya, sehingga mencatatkan keputusan yang sedikit calar. Emak angkatnya ibu(bukan panggilan sebenar), mahu Bibah sambung STPM. Melihat pencapaian Bibah yang pasang surut, MAK dan adik beradik tidak setuju. Bibah lebih baik diajar kemahiran - kejururawatan? Jika kantoi STPM, ke mana arah tuju kalau bukan buat diploma di kolej? Tidakkah itu membazir? Namun kami tidak berdaya melawan. Hanya Ali Jusoh (paklong) yang mempunyai kuasa dalam hal-hal ini. Tapi entah la. Mungkin ibu keras kepala. Ayah dan mak hanya mampu doakan yang terbaik. Semasa berchatting tadi, Bibah did nothing but sighing. Hanya mampu ulang, "biar la..malas nak melawan..biar la ibu buat apa, asalkan dia puas hati.. Bibah budak bodoh, memang patut jadi macam ni.." Jangan cakap macam tu Bibah.. Anak-anak ayah semuanya hebat, pandai. This is our clan, yang semuanya menjadi. Takpelah Bibah, satu hari nanti, Tuhan pasti tunjukkan jalan. MAK sangat kasihan dengan nasib Bibah. Kalaulah dulu Galena terus stay dengan mereka, Bibah takkan jadi macam ni. Sorry Bibah...


Okay MAK nangis tulis entri ni.