Wednesday, May 19, 2010

Begitu Hidup Ini



Hai hai hai para pembaca sekelian! Salam hormat, salam comforter yang menanti di ranjang, salam dingin malam dan salam 1MALAYSIA!
Malam di Terengganu hari ni sangat sejuk. Dan jahat. So, MAK mengambil peluang ini untuk mengenang kembali tentang kehidupan yang sedang kita jalani.
Kepada mereka yang selalu komplen pasal kehidupan anda (begitu juga MAK) mari kita muhasabah diri dan mengenang hakikat hidup ini. Hidup kita terbina antara manis dan pahit. Tidak boleh selalu sahaja perkara manis berlaku. Jika tidak, hati menjadi tawar. Dan tidak boleh juga hanya perkara pahit yang berlaku. Jika tidak hati menjadi rawan. Apabila rasa pahit dan manis ada, barulah kehidupan itu menjadi sesuatu yang sangat indah. Andaikan juga hidup kita umpama pelangi. Pelangi sangat cantik kan uolls? Tapi, untuk membina pelangi, ia memerlukan titisan hujan dan juga cahaya. Titisan hujan adalah sesuatu yang menghalang kita untuk melakukan sesuatu outdoor – pahit, manakala cahaya adalah sesuatu yang indah.
Tired of drama? Tahukan kalian bahawa tanpa drama, hidup kita akan tidak bewarna. Tanpa drama, hidup ini penuh dengan kepastian. Penuh dengan hitam putih. Maka warna kehidupan juga hitam dan putih. Memang drama ini menyeksakan, namun itulah yang dijadikan pengalaman untuk mendewasakan kita. Manusia diciptakan dengan nafsu, maka manusia akan sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai apa yang mereka inginkan. Kehidupan kita akan senantiasa bersama-sama manusia lain yang juga tuhan ciptakan. Sentiasa uolls. Sentiasa. Apa yang perlu kita lakukan adalah bertenang. Manusia memberikan drama, manusia memberikan warna.
Lelaki dan wanita. Kenapa mesti lelaki sentiasa memonopoli hak-hak wanita, dan kenapa mesti wanita sentiasa ingin menunjukkan kehebatan mereka kepada lelaki? Bukankah kita ini diciptakan Tuhan sepasang tapi berlainan? Lemah di sana, di sini kekuatan? Masin-masing punyai bibit-bibit kelebihan, supaya saling memerlukan antara satu sama lain. Setiap kejayaan seorang lelaki ada wanita dibelakangnya, dan setiap wanita yang berada di belakang kejayaan setiap lelaki, adalah satu kebanggaan (bagi MAK)
Apa sahaj yang terjadi, hidup mesti diteruskan. Samada kita rela ataupun tidak, semua itu adalah takdir. Takdir datangnya daripada yang maha esa, Dia yang maha berkuasa lagi maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Oleh itu, segala apa yang terjadi kepada kita, ada hikmah, dan sesungguhnya itulah yang terbaik untuk mereka. Ingatlah, Dia bersifat maha penyayang dan maha pengasih. Udara ini adalah kesan kasih saying-Nya.
Kepada mereka yang pelik mengapakah gaya penulisan MAK pada entry kali ini agak lain berbanding entry-entry lepas, MAK masih lagi dalam proses penyembuhan dan memerlukan ketenangan. Kepada mereka semua, jangan lagi menghela nafas lega, karena suatu hari nanti MAK pasti akan kembali.
-->
Hidup
sememangnya
indah

Tuesday, May 18, 2010

Walaupun Tasik Kekeringan


-->
..Tak mungkin teratai akan tumbuh di darat....
MAK sekadar mencari ilham dan meluahkan sedikit sebanyak tentang apa yang berlaku ke atas MAK lately. Sambil mendengar lagu Teratai Layu di Tasik Madu berulang kali. Sigh. Geez. Mengucapkan memang mudah. Tapi melakukan tidak semudah yang dikata.
*bila susah baru ingat tuhan, terus MAK pakai tudung*
“aku tidak sudi melihat dia lagi. Walau dalam mimpi pun tidak kuingini”
Kedengaran seumpama kita membenci seseorang, tapi bagaimana untuk MAK membenci jika setiap hari MAK merindui? Jawab nyah, jawab! Bagaimana MAK harus tidak sudi untuk melihat dia lagi, sedangkan baru semalam dia muncul di dalam mimpi?
“kenapa dia yang kucinta? Sedangkan ku tahu sikapnya begitu?”
Kenapa mesti tertanya-tanya lagi sedangkan kita tahu apakah jawapannya? Satu saja, cinta. Bila sudah cinta, taik pun akan dirasakan coklat. Percayalah.
Sekarang situasi MAK adalah si dia menggantung tak bertali *ayat novel selingkar kasihmu*
Minggu lepas si dia terkantoi memiliki skandal, apabila skandal dia menghantar mesej kepada MAK via facebook. Dan bila terkantoi, dia menafikan semuanya. But I smell a rat. Petang tadi MAK call skandal dia tu. Garang jugak cik MAK korang ni, sampai terketar-ketar dia nak cakap dengan MAK. Last sekali dia pun mengaku salah, dan mengeluarkan beberapa kenyataan.
1) Saya sudah lama tidak contact dia. Tapi baru semalam dia mesej ajak jumpa, tapi saya tak reply.
2) Saya sudah tidak ada perasaan pada dia.
3) Saya sudah ada lover.
4) Kami tak pernah berjumpa.
5) Maafkan saya.
6) Awak pergilah dengan dia. Saya lepaskan. *suchi sangat kan uolls*
Dan ini merupakan kenyataan daripada si dia
*translation: ohh. Saya bukan Maria Ozawa!*
1) I dah lame tak mesej dia. Dia pun dah jarang mesej I.
2) Erm, kitorang pernah jumpa. Pernah kissing dalam wayang *sentap tak puki kau nok??*
3) Mane ade ajak dia jumpa!
4) I ada perasaan kat dia. Tapi sikit-sikit la *habis tu aku ni ape????*
MAK tak tau sape yang betul, dan sape yang salah. Buntu!!Dan sekarang MAK tak tau nak buat apa. MAK tak tau la nok, mana dia campak MAK, kat mana letaknya MAK. Sehinggakan MAK rasa begitu asing sekali. Persoalan yang paling kuat bermain, adakah cinta di hatinya?
Sekarang MAK betul-betul pissed off, turned off! Nothing more I could give but shit. Now our love is nothing but full of shit. I cannot give a shit anymore dear. MAK pasrah. Lepas ni apa nak jadi, jadilah.
Petang tadi, skandal dia SMS dia, bagitahu jangan ganggu dia lagi. Karena dia nak menjalani kehidupan dengan lover barunya itew. Tapi, apa motif si dia nak sentap?? Lepas dapat mesej tu, dia bagitahu MAK, jangan ganggu dia, bagi masa, karena tengah sakit kepala. Hei!!! Apa semua ni??? Apa motif kau nak sentap? Biar la dia nak pergi. Masalahnya sekarang kau dengan aku! Tahu tak apa maknanya? Dia lagi sayangkan skandal dia. Sebab tu I feel so, so, so irritated and fed up. Fedap!!!!!!!!!
“Andai kata aku tiada lagi di hatimu, katakan saja. Usah lagi berpura.. MAK rela pergi, biar derita, asalkan bahagia. Jika itu cara MAK untuk membahagiakan kau..”*matilah kena caras nanti ayat jiwang*
Jika deritaku membuatkan kau bahagia,
.
.
.
.
.
.
.

-->
-->
Aku
pilih
derita

-->