Thursday, January 6, 2011

2 perkara pantang!

Hai hai hai semua. Bersua kembali kita pada hari ini dengan hari baru dan tahun baru.Salam hormat, salam bahagia dan Salam satu Malaysia!
Sesungguhnya pada hari ini MAK mengalami gangguan emosi yang amat dahsyat. Hal ini karena salah satu perkara yang paling pantang bagi MAK telah dilanggar dan dilakukan oleh seseorang. Memang la dalam dunia ni bukan MAK sorang je yang ada, tapi MAK juga memerlukan privasi serta polisi sendiri betul tak y'all?
*buat iklan gigi bila stress*
Bersempena tahun baru 2011 ni, AwalAhmad™ mempunyai hobi baru, iaitu tidur siang. Hal ini karena pada waktu malam MAK terpaksa berjaga dek karena takut untuk tidur (sem ni MAK duduk sorang-sorang kat bilik, tanpa roommate)
*ini waktu perdana saya. Sila jangan kacau yer*
Waktu yang paling best adalah waktu saitan berkeliaran, iaitu waktu Maghrib. Tengah-tengah MAK syok tidur ni, nak dijadikan cerita adalah seorang organisma ni call MAK dengan menggunakan nombol sape-sape entah. So hensphone MAK ni bukanlah hensphone yang maha canggih sehingga dapat detect siapakah gerangan yang menelefon pada waktu nikmat tersebut. Maka organisma tersebut tersentap bijik kopinya apabila MAK bertanya siapakah anda..


*dalam toilet ni. dah hujung nyawa. call lain kali occay?*
Dengan nada keciwa organisma itu cakap kat MAK,”sampai hati dah tak ingat kat kite.” Dan dengan kencangnya MAK menjawab,”pergilah merajuk sorang-sorang. Takde masa nak pujuk orang tengah tidur nih.” Lalu MAK mengoffkan hensphone itu.


*menurut saya sendiri, ekonomi negara kita masih lagi terkawal*
Masalahnya sekarang, kau call aku pakai nombor sape-sape entah, lepas tu kau expect MAK kenal la kau tu sape?? Kau dah kacau masa tidur aku, lepas tu jangan nak jadik cantik sangat. Paham??!
So lepas nikepada sape-sape yang ada nombol MAK, bila nak call tu, kalau MAK Tanya ni sape, jangan la nak merajuk ke nak sentap ke ape. Karena MAK penat nak melayan karenah orang, dan FYI, MAK selalu terlupa nak save nombol orang lain (dan sengaja lupa). Ingat tu!
*banyak lagi benda dalam kepala otak aku ni*
Selamat
Tahun
baru!!