Thursday, June 23, 2011

LUNCHI MUNCHIE!

Hai hai hai semuanya! Salam hormat, salam khamis, salam makan tengah hari dan salam 1Malaysia buat kalian para pembaca, pengunjunga dan peminat setia blog yang hazab ini. So, memandangkan MAK mempunyai masa yang terlalu lengang, maka mood untuk menulis blog yang serba sempura, menarik dan cantik ini pun membuak-buaklah umpama buih di pantai Sri Mersing yang indah lagi permai.
Sekarang jam di tangan MAK menunjukkan pukul 01.10 tengah hari. Kalian semua dah lunch? MAK baru sahaja selamat mengebumikan menu tengahari MAK ke dalam perut yang tidaklah sebesar perut KakYam ™. Entry kali ni kita akan membincangkan atau membuat review berkenaan menu makan tengah hari. Lets!

Ni menu yang MAK melantak tadi. Yeah.. boleh menggeletarkan payudara gadis-gadis sunti yang memakannya. Memang terangkat! Tapi awas, jangan lihat isinya ketika menyedut! Atau anda mungkin menyesal sepanjang hayat. Hik!

MAK tak suka sangat kuah lemak siput sedut tadi tu. Sebab rasa dia terlampau pedas. Nanti berkedut-kedut mukaI. So kita pilihlah pula GULAI DAGING REMPAH MASALA dengan KENTANG KONTENG. Sesuka hati aku je bagi nama dia. Hik. Padahal mengidam nak makan kentang je haha. Sebab I tengok macam sedap. Makan pun happy. Keji happy masa makan. Hik.


Para peminat MAK sekalian, tahukah anda bahawa ikan menganduingi protein yang sangat tinggi? Maka kita kena makan ikan. Tapi ikan ni MAK tak makan sebab bau hanyir ada lagi. *propa sahaja sila jangan percaya. Tapi kombinasi dengan nenas tu sangat sedap. Manis-manis hanyir rasa dia. Tetek KakYam pun mampu goyah kalau makan nie.


Next is ulam-ulaman atau pun raw vegetable. Ni korang jangan percaya. MAK sekadar mengambil sekeping sahaja. Sekadar buat cukup syarat, bolehlah.. Hidangan kenelah seimbang uolls.


Bagi mengelakkan insiden tercekik tulang daging, tulang sayur dan tulang nenas, kita kena ada minuman. Untuk kali ni, MAK telah memilih Teh O Ais Lemon. Sebenarnya terpaksa pilih sebab MAK sekarang sakit tekak. Orang cakap minum tu boleh legakan sikit. Tapi betul jugak sebab memang rasa lega sikit. Kalau tak memang hazab rasa macam ada jarum dalam lubang tekak yang menghasilkan suara-suara merdu ini.

sila abaikan kerepek keji kat belakang. sakit gusi aku. KERAS!
Okay. Maka jom kita makan. eh kejap, mana nasik.??????? Malas nak upload sebenarnya hihi. Korang imagine la sendiri nasik tu macam mana. Macam kuih koci ke macam buah tembikai ke mahupun macam kerang? terpulanglah kepada tahap kekreatifan imaginasi anda.

Wednesday, June 15, 2011

Aku daN merekA

Hai hai hai kalian! Apa khabar semua? Dah makan ke? Ape? Belum makan? Kenape tak makan lagi saying…? Ermmm uhh.. *tiba-tiba tergedik sikit*
Apa-apa hal pun, salam hormat, salam kelaparan (bagi yang belum makan lagi tu), salam Rabu, salam kemenangan buat skuad bola sepak TERENGGANU dan paling penting, salam 1MALAYSIA!
Salam kemaafan jua ditujahkan kepada para peminat blog yang hazab ini walaupun sedar tak sedar sudah berbulan-bulan MAK tiada entry ke blog yang ala-ala iniyh. Yeah.
*hidup dah macam puteri mana ada masa ber blogging*
Setelah beberapa entry muhasabah diri yang MAK postkan, kali ini kita akan berbalik semula ke tema lama, yang lebih kepada menghentam dan mengkritik kehidupan manusia lain, walaupun diri sendiri tak sempurna kannnnn???
Beberapa hari ni ramai teman-teman seangkatan MAK dalam dunia serba fana ni mengajak MAK untuk menjengah Pavillion (sape yang tak tau Pavillion ni ape bawak-bawak la mengucap, tinggal lagi 3 jumaat tu..) takpun tanye lah makcik Google yer..
*adek-adek,, tahu tak ni apa? Kalau tak tahu sila buka buku, study, skor SPM occay??*
Namun demikian MAK terpaksa menolak ajakan itu secara baik dan sopan, penuh adat dan kesusilaan (maklumlah MAK ni orang melayu, yang ada gaya hidup penuh ketimuran). *this is far away from racist okay?* Bukanlah saja-saja MAK tidak mahu menjoin mereka, just sebab MAK sakit mata dan berbulu melihat gelagat-gelagat dan aksi-aksi yang dipaparkan oleh pengunjung tetap saban minggu shopping mall tersebut.
*sekadar gadis desa yang mungil*
Bukannya apa, kurang enak untuk melihat golongoan-golongan belasan tahun yang berfesyen entah apa-apa, nak dikatan jenayah fesyen, entahlah sebab MAK pun buta fesyen jugak. But entahlah. Tidak keterlaluan jika MAK menyatakan yang mereka ni jenis yang berangan. Ada yang nak jadi macam Lady Gaga (cantik ke kau??) yang pandang slight pn ade. *katanya Pavi ni mak kau punya?*
MAK tak tahu manakah salahnya, mungkin mereka mengikut peredaran fesyen semasa, yang itu MAK tidak tahu. Yelah macam mana nak tahu, asyik duduk terkurung je dalam department menghadap batu-batu dan tengkorak segala.
Lepas tu golongan-golongan ni seolah-olah menjadikan Pavi ni sebagai tempat wajib untuk melepak. Janganlah sampai masjid pun kau tak tau tu ape sundal! (paku dulang paku serpih, mengata orang MAK yang lebih.)
Mungkin begini cara mereka menghabiskan masa dan menikmati kehidupan, sebab setiap orang ada cara tersendiri untuk menghabiskan masa masing-masing, tak gitu Kak Yam??
“Yang kau nak kepoh dan jeles sangat tu kenapa???” Kak Yam menjawab.
Kelas
Kau
Mariana!