Wednesday, June 15, 2011

Aku daN merekA

Hai hai hai kalian! Apa khabar semua? Dah makan ke? Ape? Belum makan? Kenape tak makan lagi saying…? Ermmm uhh.. *tiba-tiba tergedik sikit*
Apa-apa hal pun, salam hormat, salam kelaparan (bagi yang belum makan lagi tu), salam Rabu, salam kemenangan buat skuad bola sepak TERENGGANU dan paling penting, salam 1MALAYSIA!
Salam kemaafan jua ditujahkan kepada para peminat blog yang hazab ini walaupun sedar tak sedar sudah berbulan-bulan MAK tiada entry ke blog yang ala-ala iniyh. Yeah.
*hidup dah macam puteri mana ada masa ber blogging*
Setelah beberapa entry muhasabah diri yang MAK postkan, kali ini kita akan berbalik semula ke tema lama, yang lebih kepada menghentam dan mengkritik kehidupan manusia lain, walaupun diri sendiri tak sempurna kannnnn???
Beberapa hari ni ramai teman-teman seangkatan MAK dalam dunia serba fana ni mengajak MAK untuk menjengah Pavillion (sape yang tak tau Pavillion ni ape bawak-bawak la mengucap, tinggal lagi 3 jumaat tu..) takpun tanye lah makcik Google yer..
*adek-adek,, tahu tak ni apa? Kalau tak tahu sila buka buku, study, skor SPM occay??*
Namun demikian MAK terpaksa menolak ajakan itu secara baik dan sopan, penuh adat dan kesusilaan (maklumlah MAK ni orang melayu, yang ada gaya hidup penuh ketimuran). *this is far away from racist okay?* Bukanlah saja-saja MAK tidak mahu menjoin mereka, just sebab MAK sakit mata dan berbulu melihat gelagat-gelagat dan aksi-aksi yang dipaparkan oleh pengunjung tetap saban minggu shopping mall tersebut.
*sekadar gadis desa yang mungil*
Bukannya apa, kurang enak untuk melihat golongoan-golongan belasan tahun yang berfesyen entah apa-apa, nak dikatan jenayah fesyen, entahlah sebab MAK pun buta fesyen jugak. But entahlah. Tidak keterlaluan jika MAK menyatakan yang mereka ni jenis yang berangan. Ada yang nak jadi macam Lady Gaga (cantik ke kau??) yang pandang slight pn ade. *katanya Pavi ni mak kau punya?*
MAK tak tahu manakah salahnya, mungkin mereka mengikut peredaran fesyen semasa, yang itu MAK tidak tahu. Yelah macam mana nak tahu, asyik duduk terkurung je dalam department menghadap batu-batu dan tengkorak segala.
Lepas tu golongan-golongan ni seolah-olah menjadikan Pavi ni sebagai tempat wajib untuk melepak. Janganlah sampai masjid pun kau tak tau tu ape sundal! (paku dulang paku serpih, mengata orang MAK yang lebih.)
Mungkin begini cara mereka menghabiskan masa dan menikmati kehidupan, sebab setiap orang ada cara tersendiri untuk menghabiskan masa masing-masing, tak gitu Kak Yam??
“Yang kau nak kepoh dan jeles sangat tu kenapa???” Kak Yam menjawab.
Kelas
Kau
Mariana!

2 comments:

  1. hanjeng sungguh uols petik nama Kak Yam ye... yang penting, konfiden uols. hodoh ke, hazab ke... tolak tepi. yang penting konfiden!

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete