Tuesday, March 23, 2010

"Berikan Aku Cinta"

Hai hai hai. Salam hormat, salam perpisahan(buat mereka yang baru sahaja berpisah dengan yang tersayang), salam pagi, salam bahagia. Entry kali ini agak lembut sedikit - MAK nak kupas pasal perhubungan. Sebenarnya MAK berada dalam mood yang agak sedih, namun belum lagi sampai tahap mengalirkan air mata apabila diberi kata putus oleh si dia untuk mengakhiri perhubungan cinta kami.
- matilah hari ni jiwang gila -

Memang tiada benda yang kekal, tapi kenapa semua ni berlaku kat MAK ?! Well well. "an end means a new beginning"
Tu dia.. Tiba-tibi MAK terspeaking plak kan *kadang-kadang terpikir jugak nak wat blog bahasa inggeris. Tapi takpe lah. Tapi memang betul. Setiap yang berakhir menandakan sesuatu yang baru bermula. Putus cinta, tak bermaksud berakhirlah dunia. Karena sesungguhnya masih lagi ramai orang lain di luar sana yang sedang menunggu kita. Adalah normal untuk berlaku sedih, tapi mengalirlah air mata darah susu sekali pun, things are done!! Dan kadang-kadang mesti kita harap semua akan berlaku pulih semula, namun what has done is done and cannot be undone - sorry Shakespear, MAK pinjam ayat kau dari MAcbeth yer.. Memang semua ini menggugat kewarasan dan mengganggu emosi, tapi sejauh manakah kita menghayati maknanya?
- sempat MAK snap picture sorang-sorang -
Dalam mood macam ni, terus MAK capai wallet, drive ke Mid Valley, kononnya mencari ketenangan. Masuk MPH, ternampak la sebijik novel - Berikan Aku Cinta. Tengok tajuknya pun dah tahu kisahnya macam mana - perempuan yang menagih cinta lelaki. Dan sangkaan MAK memang tepat. Dalam mood macam ni, MAK capai novel tu, beli dan baca. Sambil dengar lagu When You're Gone, over and over again. Sighh. Kisahnya berkisar seorang perempuan yang bercinta dengan lelaki ni, selama 7 tahun. Namun dalam masa 7 tahun tu, tak pernah sekali pun si lelaki tu bagitahu sayang dan cintanya pada yang perempuan tu. Sampai satu tahap diorang putus, dan perempuan dengan hati setengah rela mengahwini lelaki lain. Di jinjang pelamin, lelaki tadi datang, bagitahu betapa dia mencintai perempuan tu, but things are too late..
-merasa kau menangis tak berlagu-
Jangan kalian ingat benda ni tak berlaku di dunia nyata. Seperti seorang teman kepada teman MAK, perempuan yang bercinta dengan seorang mamat ni, sejak di bangku sekolah, sampailah masuk U. Namun lelaki tu tak pernah bagitau betapa dia sayang dan cinta kat perempuan tu. Akhirnya perempuan tu mengahwini lelaki lain setelah tamat belajar *matilah jalan cerita sama*. 20 tahun 1 hari selepas ulangtahun perkahwinan tu, perempuan itu didatangi saudara lelaki tadi, menyatakan lelaki tadi sedang tenat di wad. Atas izin suaminya, perempuan itu ke hospital dan bertemu lelaki tersebut. Keadaannya sangat sadis. Dan amat mengejutkan yang lelaki tu tak pernah pun berkahwin, dek kerana menyimpan perasaan cinta pada perempuan tu. Akhirnya lelaki tu menghembuskan nafas terakhir di samping perempuan yang dicintainya, walaupun isteri orang. But again, things are too late.
- ni la orang ckap maut memisahkan kita -
Sedih, kepada para pria, jangan la segan nak ucapakan I love u kat couple anda. Anda mampu mengubahnya.

2 comments:

  1. nok...nak pinjam novel tu leyh?? kau tengah putus cinta ke. Aku pun sama ni. jom lah kita kapel ber2. hehe :p

    ReplyDelete