Tuesday, May 20, 2014

LADY DRIVER

Hai semua. Takut tak tajuk entri MAK hari ni?

Mana tak nya, pagi-pagi MAK nak drive pergi office, nak dijadikan cerita terpaksa lalu lorong sempit untuk masuk ke dalam pagar tu. Sempit sangat lorong tu nok. MAK syak dia makan jamu perapat gitu.

Jamu perapat, TERlebih ketat katanya. Sah lorong tu pakai jamu ni nok. 
Pakailah Jamu Cap Mawar untuk kerapatan maksima. Muktamat. 

Nak dijadikan cerita jugak, masa MAK tengah drive nak masuk, adalah satu kereta Mercedes ni. No mercy terus jer memandu tanpa mengiraukan kerapatan dan kesempitan lorong itu. Ended up kereta kitorang bertemu. Ala-ala pertemuan dua mata lah nyahhei. Dua-dua taknak kalah. Lama-lama MAK sedar yang MAK dah lewat, so why not MAK bertoleransi. Sebab orang bodoh sombong ni tak bolih diajar nok. Ingat tu. 
Gigihlah aku mencari button nak tembak kereta tu. Tapi gagal

Makanya MAK tak jumpa button tu MAK terpaksa lah reverse. Menyedari hakikat MAK memandu kereta kecil sekecil, mungil dan semolek susuk tubuh mak, mak terpaksa akur. Baik tak MAK? 

TETAPI,

Dengan takde hon nye, angkat tangan apatah lagi. Terus meluru dengan muka kekwat nya, seolah-olah ko naik Buraq nok, macam agung sangat kereta kau tu. MAK ni dah lah memang menyampah dengan golongan macam ni. Guess what you all, yang bawak mercedes tu adalah seorang makcik. MAK tak faham lah, kenapa kalau makcik-makcik, bila drive, mesti nak kekwat. Serious aku tak faham. 

So habislah cerita pemanduan berdosa MAK pagi tadi. Makanya MAK takde mood lagi nak pergi office (thanks to makcik bodor), MAK pergi kedai jahit pakaian. Adalah baju MAK nak kena repair. 

kadang-kadang MAK malu bila nak pakai seluar koyak-koyak ni. 
Tapi demi sesuap Toni Romes, MAK akur

Lepas MAK hantar kostum seluar MAK tu, MAK nak keluar dari parking, nak dijadikan cerita lagi, adalah seorang lady driver ni....... Dia telah memblock kereta MAK. Aku dah hon bertubi-tubi, dia boleh pulak keluar, catwalk, dan pergi beli barang kejab. Sedangkan jika digunakan akal yang dianugerahi Tuhan yang maha esa, mungkin perempuan tu boleh ke depan dan ko pergilah nak shopping ke, nak buat poco poco ke, nak menyundal dengan laki orang ke, ko nak jual goreng pisang ko pergilah. 

Tapi bukan semua perempuan bijak dan cantik macam MAK.


Makanya aku menunggulah macam orang bodor. Again, langsung takde courtesy, nak angkat tangan ke apa. And one more thing girl, hinzir tak boleh catwalk
















Thursday, June 23, 2011

LUNCHI MUNCHIE!

Hai hai hai semuanya! Salam hormat, salam khamis, salam makan tengah hari dan salam 1Malaysia buat kalian para pembaca, pengunjunga dan peminat setia blog yang hazab ini. So, memandangkan MAK mempunyai masa yang terlalu lengang, maka mood untuk menulis blog yang serba sempura, menarik dan cantik ini pun membuak-buaklah umpama buih di pantai Sri Mersing yang indah lagi permai.
Sekarang jam di tangan MAK menunjukkan pukul 01.10 tengah hari. Kalian semua dah lunch? MAK baru sahaja selamat mengebumikan menu tengahari MAK ke dalam perut yang tidaklah sebesar perut KakYam ™. Entry kali ni kita akan membincangkan atau membuat review berkenaan menu makan tengah hari. Lets!

Ni menu yang MAK melantak tadi. Yeah.. boleh menggeletarkan payudara gadis-gadis sunti yang memakannya. Memang terangkat! Tapi awas, jangan lihat isinya ketika menyedut! Atau anda mungkin menyesal sepanjang hayat. Hik!

MAK tak suka sangat kuah lemak siput sedut tadi tu. Sebab rasa dia terlampau pedas. Nanti berkedut-kedut mukaI. So kita pilihlah pula GULAI DAGING REMPAH MASALA dengan KENTANG KONTENG. Sesuka hati aku je bagi nama dia. Hik. Padahal mengidam nak makan kentang je haha. Sebab I tengok macam sedap. Makan pun happy. Keji happy masa makan. Hik.


Para peminat MAK sekalian, tahukah anda bahawa ikan menganduingi protein yang sangat tinggi? Maka kita kena makan ikan. Tapi ikan ni MAK tak makan sebab bau hanyir ada lagi. *propa sahaja sila jangan percaya. Tapi kombinasi dengan nenas tu sangat sedap. Manis-manis hanyir rasa dia. Tetek KakYam pun mampu goyah kalau makan nie.


Next is ulam-ulaman atau pun raw vegetable. Ni korang jangan percaya. MAK sekadar mengambil sekeping sahaja. Sekadar buat cukup syarat, bolehlah.. Hidangan kenelah seimbang uolls.


Bagi mengelakkan insiden tercekik tulang daging, tulang sayur dan tulang nenas, kita kena ada minuman. Untuk kali ni, MAK telah memilih Teh O Ais Lemon. Sebenarnya terpaksa pilih sebab MAK sekarang sakit tekak. Orang cakap minum tu boleh legakan sikit. Tapi betul jugak sebab memang rasa lega sikit. Kalau tak memang hazab rasa macam ada jarum dalam lubang tekak yang menghasilkan suara-suara merdu ini.

sila abaikan kerepek keji kat belakang. sakit gusi aku. KERAS!
Okay. Maka jom kita makan. eh kejap, mana nasik.??????? Malas nak upload sebenarnya hihi. Korang imagine la sendiri nasik tu macam mana. Macam kuih koci ke macam buah tembikai ke mahupun macam kerang? terpulanglah kepada tahap kekreatifan imaginasi anda.

Wednesday, June 15, 2011

Aku daN merekA

Hai hai hai kalian! Apa khabar semua? Dah makan ke? Ape? Belum makan? Kenape tak makan lagi saying…? Ermmm uhh.. *tiba-tiba tergedik sikit*
Apa-apa hal pun, salam hormat, salam kelaparan (bagi yang belum makan lagi tu), salam Rabu, salam kemenangan buat skuad bola sepak TERENGGANU dan paling penting, salam 1MALAYSIA!
Salam kemaafan jua ditujahkan kepada para peminat blog yang hazab ini walaupun sedar tak sedar sudah berbulan-bulan MAK tiada entry ke blog yang ala-ala iniyh. Yeah.
*hidup dah macam puteri mana ada masa ber blogging*
Setelah beberapa entry muhasabah diri yang MAK postkan, kali ini kita akan berbalik semula ke tema lama, yang lebih kepada menghentam dan mengkritik kehidupan manusia lain, walaupun diri sendiri tak sempurna kannnnn???
Beberapa hari ni ramai teman-teman seangkatan MAK dalam dunia serba fana ni mengajak MAK untuk menjengah Pavillion (sape yang tak tau Pavillion ni ape bawak-bawak la mengucap, tinggal lagi 3 jumaat tu..) takpun tanye lah makcik Google yer..
*adek-adek,, tahu tak ni apa? Kalau tak tahu sila buka buku, study, skor SPM occay??*
Namun demikian MAK terpaksa menolak ajakan itu secara baik dan sopan, penuh adat dan kesusilaan (maklumlah MAK ni orang melayu, yang ada gaya hidup penuh ketimuran). *this is far away from racist okay?* Bukanlah saja-saja MAK tidak mahu menjoin mereka, just sebab MAK sakit mata dan berbulu melihat gelagat-gelagat dan aksi-aksi yang dipaparkan oleh pengunjung tetap saban minggu shopping mall tersebut.
*sekadar gadis desa yang mungil*
Bukannya apa, kurang enak untuk melihat golongoan-golongan belasan tahun yang berfesyen entah apa-apa, nak dikatan jenayah fesyen, entahlah sebab MAK pun buta fesyen jugak. But entahlah. Tidak keterlaluan jika MAK menyatakan yang mereka ni jenis yang berangan. Ada yang nak jadi macam Lady Gaga (cantik ke kau??) yang pandang slight pn ade. *katanya Pavi ni mak kau punya?*
MAK tak tahu manakah salahnya, mungkin mereka mengikut peredaran fesyen semasa, yang itu MAK tidak tahu. Yelah macam mana nak tahu, asyik duduk terkurung je dalam department menghadap batu-batu dan tengkorak segala.
Lepas tu golongan-golongan ni seolah-olah menjadikan Pavi ni sebagai tempat wajib untuk melepak. Janganlah sampai masjid pun kau tak tau tu ape sundal! (paku dulang paku serpih, mengata orang MAK yang lebih.)
Mungkin begini cara mereka menghabiskan masa dan menikmati kehidupan, sebab setiap orang ada cara tersendiri untuk menghabiskan masa masing-masing, tak gitu Kak Yam??
“Yang kau nak kepoh dan jeles sangat tu kenapa???” Kak Yam menjawab.
Kelas
Kau
Mariana!

Thursday, January 6, 2011

2 perkara pantang!

Hai hai hai semua. Bersua kembali kita pada hari ini dengan hari baru dan tahun baru.Salam hormat, salam bahagia dan Salam satu Malaysia!
Sesungguhnya pada hari ini MAK mengalami gangguan emosi yang amat dahsyat. Hal ini karena salah satu perkara yang paling pantang bagi MAK telah dilanggar dan dilakukan oleh seseorang. Memang la dalam dunia ni bukan MAK sorang je yang ada, tapi MAK juga memerlukan privasi serta polisi sendiri betul tak y'all?
*buat iklan gigi bila stress*
Bersempena tahun baru 2011 ni, AwalAhmad™ mempunyai hobi baru, iaitu tidur siang. Hal ini karena pada waktu malam MAK terpaksa berjaga dek karena takut untuk tidur (sem ni MAK duduk sorang-sorang kat bilik, tanpa roommate)
*ini waktu perdana saya. Sila jangan kacau yer*
Waktu yang paling best adalah waktu saitan berkeliaran, iaitu waktu Maghrib. Tengah-tengah MAK syok tidur ni, nak dijadikan cerita adalah seorang organisma ni call MAK dengan menggunakan nombol sape-sape entah. So hensphone MAK ni bukanlah hensphone yang maha canggih sehingga dapat detect siapakah gerangan yang menelefon pada waktu nikmat tersebut. Maka organisma tersebut tersentap bijik kopinya apabila MAK bertanya siapakah anda..


*dalam toilet ni. dah hujung nyawa. call lain kali occay?*
Dengan nada keciwa organisma itu cakap kat MAK,”sampai hati dah tak ingat kat kite.” Dan dengan kencangnya MAK menjawab,”pergilah merajuk sorang-sorang. Takde masa nak pujuk orang tengah tidur nih.” Lalu MAK mengoffkan hensphone itu.


*menurut saya sendiri, ekonomi negara kita masih lagi terkawal*
Masalahnya sekarang, kau call aku pakai nombor sape-sape entah, lepas tu kau expect MAK kenal la kau tu sape?? Kau dah kacau masa tidur aku, lepas tu jangan nak jadik cantik sangat. Paham??!
So lepas nikepada sape-sape yang ada nombol MAK, bila nak call tu, kalau MAK Tanya ni sape, jangan la nak merajuk ke nak sentap ke ape. Karena MAK penat nak melayan karenah orang, dan FYI, MAK selalu terlupa nak save nombol orang lain (dan sengaja lupa). Ingat tu!
*banyak lagi benda dalam kepala otak aku ni*
Selamat
Tahun
baru!!

Tuesday, December 28, 2010

Baru pukul 10 uncle. Chill lah!

Hai hai hai uolls! Salam pagi, salam hormat, salam selasa kalian semua!
MAK sedang bersarapan di sebuah warung semasa on the way balik ke Terengganu (sempat lagi update blog nih). Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Pagi lagi uolls.
Mase bersarapan makan kuih dengan limau ais (pagi-pagi dah minum ais nih) AwalAhmad™ menunggu di kaunter untuk bayar. Ada sorang uncle tu dia punya belanja $3. Dan dihulurnya $50 (takde duit besar lagi eh uncle??)
Lalu peniaga itu dengan muka yang comel mengambil duit tu (agak susah nak bagi baki yang besar). Uncle tu perasan lantas berkata,”alahh. $3 je tak payah kiralah!!.” Dengan muka yang agak ketat sedikit.
*sebenarnya aku nak makan free lah!!*

*omg! terkejut nye!*

Hey jantan! Kau dengar sini. Kau dating beli pagi-pagi, marah-marah pastu siap mintak free lagi sarapan kau, ape KAU INGAT KAU CANTIK??!
Pagi lagi ni. Chill lah! Pagi-pagi pun dah nak muka ketat-ketat. Ape nak jadi lepas ni?
Jadilah macam MAK dalam gambar ni. Senyum je tanpa ragu. Tak susahkan??

Kepada uolls di luar sana awas ya! Kalau MAK Nampak anda melakukan sesuatu yang tidak enak dipandang, mungkin cerita anda akan disengsasikan dalam blog yang tak berapa nak sensasi nih! Sekian, nak balik Terengganu ni yehaa!!
Matahari kan bersenyum,
Untuk dunia!

Sunday, December 26, 2010

Cinta dan Seks

Hai hai hai uolls! Salam hormat, salam wedding (bagi yang sedang berkahwin tapi gigih bukak blog kan?), salam hujung minggu dan salam 1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.
*Bangga PM kita MAK duk berkempen*
Untuk entry hari ni, AwalAhmad™ akan mengupas mengenai CINTA dan SEKS.
*matilah dilabel blog lucah pasnih*
Cinta adalah sesuatu yang murni, suci dan indahMAK percaya bahawa ramai pembaca-pembaca (walaupun tidak seberapa ramai) sedang dilamun cinta.
Suatu ketika dahulu ada seorang penceramah mengeluarkan kenyataan bahawa bercinta itu haram. Hal ini karena daripada cinta akan mendekatkan diri kepada zina. Lalu MAK merujuk kepada seorang ustazah, dan ustazah ini mengatakan bahawa cinta itu suci, jika disertakan dengan iman.
*lalu burung-burung pun berterbangan*
*Tyra Banks bingkas bangun dan pose*
Namun, bagi remaja-remaja zaman sekarang, kemanisan cinta dirasai dengan berpelukan, berciuman dan paling teruk melakukan seks. Tapi bagi MAK, semua itu adalah normal bagi dunia akhir zaman sekarang ini (matilah kena hentam nanti ni). Asalkan kau beringat laa esok lusa mestilah kena kahwin. Kalau setakat cinta nak main je, baik bercinta dengan pelacur.
*Hand job je okay ko jangan nak demand aku lempang kejab lagi*

Namun, pada zaman sekarang, berapa kerat la sangat lelaki yang nak kahwin dengan perempuan yang sudah tidak dara? Lainlah kalau semasa bercinta sudah termeterai janji sehidup semati. Yang tu MAK tak boleh nak komen apa-apa.
Apakah pentingnya seks semasa bercinta? Adakah seks sebagai pelengkap dalam perhubungan seseorang? Hawa nafsu? Semua orang tahu tu. Sudah menjadi lumrah manusia diciptakan dengan hawa nafsu. Itu adalah fitrah. So it depends on that the person tu mengekang nafsu masing-masing yer. MAK taknak campur.
*ade aku kesah kau nak buat apa?*
Di sini bukanlah AwalAhmad™ hendak menyokong seks dalam percintaan. Bukan juga menghentam golongan-golongan yang melakukan seks sebelum berkahwin. Cuma nak ingatkan, pandai makan, pandailah simpan. Kepada yang Berjaya mengekang hawa nafsu masing-masing, MAK mengucapkan sekalung tahniah buat kalian.
Mungkin agak bosan entry kali ini karena penulisan MAK kali ni kurang menyentuh mengenai isu-isu mengkritik kehidupan manusia lain. Maaflah bagi para peminat yang menantikan entry-entry yang panas dan mengundang gaduh. Kadang-kadang kita perlu bermuhasabah diri jugak. Kalau tak ape guna orang hantar MAK pergi kem kesedaran diri mana-mana kan?
Ada jugak segelintir manusia yang desperado nak main, sangap la katakan. Yang lelaki tu air dah naik sampai ke kepala, yang perempuan pulak ashik kembang kecut je (kencang ayat MAK ni). Ada jugak pasangan yang membuktikan jujur dan telusnya cinta mereka dengan melakukan seks (esok lusa kena tinggal merasalah kau cari tin milo buat tadah air mata)

CINTA

ITU
INDAH